Jumat, 12 Oktober 2012

Ibu Saya

Ibu adalah orang yang  melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada batasannya dan tidak  dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Rela Andayani. Beliau berumur 41 tahun.
 
Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung. Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu saya bekerja sebagai petani dan photograper sama seperti ayah aku.
 
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk. Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, adik termuda dan ibu akan pergi ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput adik saya di sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan mengajarkan kami tentang agama dan mengaji.
 
Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami. Kami juga akan menonton televisi bersama-sama. Saya sayang akan  ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar